bismi-llāhi ar-raḥmāni ar-raḥīmi
Cinta memang kadang-kadang boleh buat manusia jadi macam lembu, tak mampu berfikir dengan baik. Orang bagi hint nak ucap goodbye pun masih nak jadi kacang menggelembu. Ya, bila terlalu taksub, mata dan hati terus jadi buta. Lagi parah bila buta untuk menilai bahawa si dia langsung tidak perlu atau mahukan kita lagi.
- Saya sayang awak, tapi nak buat macam mana, kita macam tak ada jodoh untuk bersama. Cakap sahaja yang kamu dah ada bf/gf lain yang kononnya jodoh kau tu.
- Awak terlalu baik untuk saya. Awak berhak untuk dapat kekasih yang jauh lebih baik daripada saya. Hai dah 10 tahun couple baru tahu yang gf/bf kau tu baik? Yang kau pula tak ada keinginan nak jadi baik?
- Saya cuma anggap awak sebagai kawan, tak pernah lebih daripada tu. Hmm kawanlah, supaya mudah kau nak order sirap limau, nasi ayam? Mudah nanti kau nak keluar jalan-jalan tanpa hubungi teksi?
- Saya masih belajar, saya nak tumpukan perhatian kepada pelajaran saya dulu. Ada orang suruh kau bergayut 24 jam sehari sampai nak berakpun kena lapar diri?
- Saya perlukan ruang dan masa, perjalanan masih jauh. Macho benar ayat kau. Supaya senang nanti bila jumpa yang lebih baik, kau tinggalkan minah/mamat tu terkontang-kanting?
- Mak saya suruh saya kahwin dalam tahun ni juga, tapi awak masih belajar. Saya terpaksa cari calon isteri yang lain. Mak kaulah sangat. Mak kau yang nak sangat atau kau yang dah sangap?
- Kita tak sehaluan, kehidupan kita jauh beza, macam Marikh dengan Pluto. Hello, setelah berapa lama kehulu kehilir sama-sama baru nak perasan?
Kadang-kadang ayat macam comel, buat kamu lagi sedih untuk berpisah, walhal
itu semua adalah satu rencana. Kalau dah benar-benar cinta, tiada alasan untuk
meninggalkan kecuali sememangnya takdir Tuhan.
P/s: Saya akan senyum supaya awak fikir saya sedang bahagia, saya akan
ketawa supaya kamu tak nampak saya menangis, saya akan meninggalkan kamu dalam
keadaan paling bergaya walaupun ia membunuh saya, saya akan senyum.
Post a Comment
<< home ?